Saturday 1 May 2021

CARA MENGIMARAHKAN MASJID

Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua. Berdasarkan masalah ini buat satu blog tentang masjid tersebut bertujuan untuk menarik jemaah ke masjid.
PENGENALAN
Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan Islam dan umatnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. selepas berhijrah dari Makkah ke Madinah ialah membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba'. Masjid telah menjadi tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan merupakan pusat penyebaran dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Solat berjemaah, pengajian agama dan juga perhimpunan keagamaan juga turut diadakan di masjid.

Masjid adalah salah satu tempat yang suci dimana kita melakukan berbagai ibadah untuk Allah SWT. Hal ini tentunya membuat masjid memiliki banyak keutamaannya untuk diri kita . 

Berikut ini adalah beberapa keutamaan masjid dalam Islam:


1. Masjid adalah bahagian negeri yang paling dicintai Allah

Dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- Rasulullah S.A.W bersabda, “Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” (HR. Muslim dalam Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Shalah)



2. Ibadah di masjid mendapat pahala mujahid

Nabi S.A.W bersabda

)) من جاء مسجدي هذا لم يأته إلا لخير يتعلمه أو يعلمه فهو بمنزلة المجاهد في سبيل الله ومن جاء لغير ذلك فهو بمنزلة الرجل ينظر إلى متاع غيره ))

“Barangsiapa datang ke masjidku ini, tidak lain kecuali untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka dia bagaikan mujahid di jalan Allah, sedangkan yang datang untuk selain itu maka bagaikan orang yang cuma melihat-lihat harta orang lain.” (HR. Ibnu Majah dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam al-Misykat)



3. Solat di masjid akan mendapatkan keampunan Allah

Nabi S.AW. bersabda,

«مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوبَهُ»

“Barangsiapa berwudhu untuk solat, lalu dia menyempurnakan wudhunya, kemudian berjalan menuj solat fardhu, lalu dia solat bersama manusia –yakni bersama Jemaah di masjid-, nescaya Allah ampuni dosa-dosanya.” (HR. Muslim)



4. Solat di masjid mendapat pahala berlipat ganda

Sebagaimana dalam sabda Nabi S.A.W:

«صَلاَةُ الجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً»

“Solat berjemaah itu lebih baik 27 kali lipat daripada solat bersendiri.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar – رضي الله عنهما -)



5. Ibadah di masjid akan mendapatkan naungan di hari kiamat

Nabi S.A.W bersabda,

(( سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله : …)) وفيه (( ورجل قلبه معلق بالمسجد إذا خرج منه حتى يعود إليه* … ))

“Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi mereka pada hari tiada naungan selain naungan Allah yaitu: … -diantaranya-: “dan seorang yang terikat (hatinya) dengan masjid ketika ia keluar hingga ia kembali ke masjid …” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah رضي الله عنهما)



6. Orang yang rajin ke masjid akan diangkat darjatnya

Nabi S.A.W bersabda,

(( ألا أدلكم على ما يمحو الله به الخطايا و يرفع به الدرجات ؟ إسباغ الوضوء على المكاره و كثرة الخطا إلى المساجد و انتظار الصلاة بعد الصلاة فذلكم الرباط فذلكم الرباط فذلكم الرباط )).

“Tidakkah kamu mau aku tunjukkan apa yang dengannya Allah menghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat? Menyempurnakan wudhu dalam keadaan yang berat, memperbanyak langkah ke masjid dan menanti solat setelah solat. Itulah penjagaan sesungguhnya, itulah penjagaan sesungguhnya.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah رضي الله عنهما).


Itulah antara keutamaan masjid yang amat bermanfaat untuk kita semua apabila kita menghadiri masjid.

Bukan itu saja, jika kita mengimarahkan masjid ini , banyak kelebihan yang bakal diperoleh , Antaranya ialah:

Kelebihan Mengimarahkan Masjid

-Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ

Maksudnya: Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.

(Surah At-Taubah: 18)

Syeikh Al-Tantawi menafsirkan ayat ini di dalam kitabnya “Orang yang mengimarahkan masjid merupakan mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T dengan apa yang disuruh dan apa yang dilarang dengan petunjuk daripada Baginda S.A.W dengan hati yang penuh dengan keikhlasan”. (Rujuk Tafsir al-Wasit Li Tantawi: 6/228)





-Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyatakan terdapat golongan salaf menyatakan “sekiranya kamu melihat sesorang mengimarahkan masjid maka perelokkanlan prasangkamu kepadanya” ini seperti mana hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Maksud: Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya

Riwayat Imam At-Tirmizi (1060)

Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Setengah riwayat menyebut orang yang begitu setia mendatangi masjid atau memelihara untuk sentiasa ke masjid. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/389)

-Hadis di dalam sunan Ibnu Majah menceritakan bab kelebihan berjalan untuk melakukan solat. Hadis daripada Anas bin Malik R.A. Sabda Nabi SAW:

بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”.

Riwayat Ibn Majah (781)

Ibn Rajab al-Hanbali berkata: Ibrahim al-Nakha'ie menyebut: Adalah orang-orang soleh melihat dan berpendapat bahawa berjalan menuju ke masjid dalam suasana yang gelap mewajibkan untuk meraih syurga. (Lihat Fath al-Bari oleh Ibn Rajab, 5/24)

Ini merupakan kelebihan-kelebihan apabila kita mengimarahkan masjid. Selain itu, seperti yang kita ketahui, Masjid telah menjadi sebagai tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan juga merupakan pusat penyebaran dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Kebiasannya, pada hari-hari tertentu, ceramah-ceramah akan diadakan di masjid mahupun surau yang biasanya disampaikan oleh para ustaz atau ustazah yang berilmu yang telah diatur oleh AJK-AJK masjid.



Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin: "Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya tetapi tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":



1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifarahkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan



Dengan ini kita dapat melihat bahawa sesiapa yang datang ke masjid untuk medengar ilmu-ilmu yang disampaikan oleh para ilmuwan, walaupun dia tidak mampu megingati atau menghafal ilmu tersebut, dia telah mendapat banyak kelebihan daripada kehadirannya itu.



Namun , zaman yang amat membimbangkan kepada ummat islam telah berlaku. seperti yang kita ketahui, masyarakat hari ini kurang faham dan tidak memberi sambutan yang menggalakkan terhadap fungsi masjid terutamanya dari kalangan remaja. Pada zaman kini, kita boleh melihat remaja-remaja kurang jarang hadir ke masjid pada waktu-waktu solat kecuali pada hari-hari tertentu seperti hari Jumaat, pada bulan puasa ataupun pada hari raya aidilfitri. Remaja kini lebih berminat dengan tempat-tempat hiburan seperti cyber cafe, mall dan sebagainya. Sedangkan anak muda ini lah yang akan memimpin agama pada suatu hari nanti.
 
ANTARA FAKTOR-FAKTOR GOLONGAN MUDA KURANG KE MASJID :-

CARA MENARIK GOLONGAN MUDA UNTUK KE MASJID
KESIMPULAN

Masjid merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat.

Kami amat berharap supaya setelah mengetahui kelebihan-kelebihan dan fadhilat-fadhilat dengan menghadirkan diri ke masjid ini dapat membuka lebih banyak mata remaja-remaja mahupun orang kurang pengetahuan tentang kelebihan masjid ini, untuk lebih kerap hadir ke masjid selepas ini

Akhir kalam, kami katakan bahawa menjinakkan anak-anak muda dan menarik mereka ke masjid boleh menjadikan jiwa mereka terisi, akhlak mereka diunggulkannya serta kehidupan mereka lebih bermakna untuk menjadi orang dewasa yang benar-benar mampu menggalas tugas sebagai hamba Allah yang soleh dan pada masa akan datang sebagai pemimpin negara, negeri serta masyarakat.

NAMA AHLI :
ZAINAWA BINTI KUTTY HASSAN (1003)
NURUL HANISAH BINTI ROSELI (1012)

ELISA LYIANA BINTI MOHAMED (1027)
 
ADAM ZULHISHAM BIN WAN ZULFAKKAR (1021) 

Thursday 29 April 2021

PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR

i.Pembangunan Bandar yang pesat telah memberi kesan kepada Alam Sekitar.Bincangkan.
Pengertian Bandar dan Pembandaran:
KONSEP BANDAR 
Bandar merupakan petempatan yang mempunyai saiz penduduk yang lebih besar iaitu melebihi 10,000 orang, telah diwartakan dan kepadatan penduduk yang lebih tinggi daripada luar bandar, pola pekerjaan bukan bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang padat dan sibuk, deretan bangunan yang tinggi dan gaya hidup yang lebih moden. Contohnya Kota Bharu, Kuala Lumpur dan lain-lain.

 

MAKSUD PROSES PEMBANDARAN 

Pembandaran ialah proses perkembangan sesebuah kawasan menjadi bandar perkembangan ini meliputi aspek peluasan sempadan ( saiz kawasan ), jumlah penduduk (demografi) serta fungsi/kepentingan bandar. perkembangan ini menjadikan sesebuah kawasan menjadi semakin moden, kompleks serta naik taraf. Urbanisasi melibatkan perkembangan kawasan luar bandar menjadi sebuah bandar kecil, bandar kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi sebuah bandar besar. Contoh : Kuala Lumpur, jumlah penduduk pada tahun 1980 seramai kira-kira 900 000 orang menjadi 1.2 juta orang pada 1997. Manakala keluasannya dari 93 km² menjadi 243 km² setelah diistiharkan sebagai wilayah persekutuan.

 

CIRI-CIRI KAWASAN YANG MENGALAMI PROSES PEMBANDARAN

          i. Penumpuan penduduk : Kawasan bandar adalah tinggi

          ii. Migrasi penduduk : Berlakunya migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar yang                                                   tinggi.

          iii. Perubahan pola perkerjaan : Pekerjaan lebih bertumpu kepada kegiatan ekonomi                                                                     moden seperti perindustrian dan perkhidmatan.

          iv. Perubahan tempat kediaman : Lebih banyak petempatan terancang dibina seperti                                                                     taman-taman perumahan dll.

          v. Perubahan cara hidup : Cara hidup penduduk telah berubah dari cara hidup                                                                      tradisional kepada cara hidup moden / bandar.

 

 

KESAN PEMBANDARAN
Kebiasaannya pembandaran di negara yang sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah :

 

ii. Memperkasakan pelaksanaan ‘Go Green’ dalam kalangan pelajar. Huraikan

 

PENGENALAN

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kerbersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

 

TUJUAN

Antara tujuan pelaksanaan Go Green dalam kalangan pelajar termasuklah menyedarkan pelajar supaya menjaga dan melestarikan alam sekitar dengan sebaiknya. Hal ini kerana ekosistem dunia akan menjadi stabil sekiranya alam sekitar dijaga dengan baik. Pemanasan global, kenaikan paras air laut dan pencemaran merupakan isu yang timbul sejak dua tiga dekad kebelakangan ini. Kejadian ini berlaku disebabkan oleh perindustrian yang dicipta oleh manusia sehingga menyebabkan ekosistem yang memelihara fungsi bumi terganggu. Misalnya pelepasan karbon telah terhasil daripada pembakaran tenaga seperti kilang pemprosesan dan penggunaan pengangkutan bahan api. Akibatnya, berlaku penipisan lapisan ozon dan efek rumah hijau dimana kekurangan jumlah pokok untuk meneutralkan semula kadar karbon yang berada di lapisan hemisfera bumi telah menyumbang kepada peningkatan suhu tersebut. Oleh itu, masyarakat perlu bekerjasama dalam mencari jalan supaya ekosistem bumi kembali stabil.

Selain itu, pelaksanaan Go Green juga dapat menyedarkan pelajar bahawa penjagaan alam sekitar adalah amat penting bagi memastikan kesihatan manusia terjamin. Kita merupakan makhluk yang lemah dan mudah untuk dijangkiti terutamanya jika alam sekitar tidak dijaga. Pencemaran alam yang berlaku telah menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit baharu yang mengancam nyawa manusia. Tambahan pula, penyakit tersebut mudah dijangkiti dan ubat untuk merawat pesakit memerlukan masa yang lama sebelum ia betul-betul selamat untuk digunakan. Sebagai contoh, di Malaysia penyakit denggi telah mengancam kesihatan masyarakat tempatan saban tahun. Endemik ini boleh dihindari sekiranya setiap ahli masyarakat memastikan kebersihan kawasan setempat dan kebersihan kendiri. Aktiviti bergotong-royong wajar digalakkan dan kecekapan pengurusan sampah hendaklah ditambah baik oleh pihak berwajib.

Seterusnya, pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan masing-masing mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan ini, habitat hidupan darat dan air akan terpelihara.

 

LANGKAH-LANGKAH GO GREEN

        KESIMPULAN


        Kesimpulannya, para pelajar perlulah selalu sedar dan peka tentang keadaan alam sekitar yang semakin nazak dengan kerakusan manusia yang tidak bertanggunggjawab ini. Dengan wujudnya amalan Go Green ini serba sedikit memberi insentif dan dapat membantu membina impak yang positif kepada bumi seperti dapat mengekalkan pemandangan hijau dan haiwan- haiwan juga dapat hidup dengan berterusan dan mengelakkan berlakunya kepupusan haiwan yang terancam.Diharapkan segala langkah-langkah yang telah disediakan dan dicadangkan itu dapat dijalankan dengan sempurna dan dengan sebaik mungkin. Akhirrulkalam, jadilah pelajar dan masyarakat yang bertanggungjawab dan sayangilah negara. Cintailah tumbuhan dan haiwan serta jadikanlah bumi kekal hijau untuk keamanan sejagat.

        Sandaran kita kepada ayat-ayat ALLAH SWT tentang alam sekitar dapat dilihat umpamanya di dalam Surah Ibrahim, ayat 32 dan 33 yang bermaksud: “ALLAH lah yang menjadikan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan itu Ia keluarkan buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu dan Ia mudahkan bagi kamu kapal bagi kamu supaya ia berjalan di lautan dengan perintah-Nya dan Ia mudahkan bagi kamu sungai-sungai. Dan Ia mudahkan bagi kamu matahari dan bulan yang tetap berjalan dan Ia mudahkan bagi kamu malam dan siang.”


Rujukan :

Pembandaran. (n.d.-b). Gf2uplus. Retrieved April 29, 2021, from http://gf2uplus.blogspot.com/p/pembandaran.html

 

T.T. (n.d.). Kesan Pembandaran Terhadap Alam Sekitar. Scribd. Retrieved April 29, 2021, from https://www.scribd.com/doc/234833247/Kesan-Pembandaran-Terhadap-Alam-Sekitar

 

M.W. (2016, December 11). Amalan 3R. Blogspot. http://farrawawa9505.blogspot.com/2016/12/amalan-3r.html?m=1

 

G.O.G.R.E.E.N. (2016a, July 30). GO GREEN ADALAH UPAYA MENYELAMATKAN BUMI. Facebook. https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=298389940497894&id=298349323835289

 

Pengertian, Tujuan, dan Manfaat Go Green. (2015, November 26). Blogspot. http://ririnch-gogreen.blogspot.com/2015/11/pengertian-tujuan-dan-manfaat-go-green.html?m=1

 

Tujuan GO Green. (n.d.). Blogspot. Retrieved April 29, 2021, from http://blogernyahansen.blogspot.com/p/ujuan-dan-misi-go-green-tujuan.html?m=1

 

Mamat, M. R. (2019, July 14). 11 kematian penyu direkod dalam 6 bulan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/584687/11-kematian-penyu-direkod-dalam-6-bulan

 

Wikipedia contributors. (2021, April 26). Alam sekitar. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar

 

Ibrahim, I. (2021, April 5). Menjaga alam sekitar tuntutan Islam. Sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/131987/KHAS/Pendapat/Menjaga-alam-sekitar-tuntutan-Islam

NAMA AHLI :

ELISA LYIANA BINTI MOHAMED (1027)

ZAINAWA BINTI KUTTY HASSAN (1003)

NURUL HANISAH BINTI ROSELI (1012)

ADAM ZULHISHAM BIN WAN ZULFAKKAR (1021)

CARA MENGIMARAHKAN MASJID

Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua. Berdasarkan masalah ini buat satu blog t...