Saturday 1 May 2021

CARA MENGIMARAHKAN MASJID

Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua. Berdasarkan masalah ini buat satu blog tentang masjid tersebut bertujuan untuk menarik jemaah ke masjid.
PENGENALAN
Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan Islam dan umatnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. selepas berhijrah dari Makkah ke Madinah ialah membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba'. Masjid telah menjadi tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan merupakan pusat penyebaran dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Solat berjemaah, pengajian agama dan juga perhimpunan keagamaan juga turut diadakan di masjid.

Masjid adalah salah satu tempat yang suci dimana kita melakukan berbagai ibadah untuk Allah SWT. Hal ini tentunya membuat masjid memiliki banyak keutamaannya untuk diri kita . 

Berikut ini adalah beberapa keutamaan masjid dalam Islam:


1. Masjid adalah bahagian negeri yang paling dicintai Allah

Dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- Rasulullah S.A.W bersabda, “Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” (HR. Muslim dalam Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Shalah)



2. Ibadah di masjid mendapat pahala mujahid

Nabi S.A.W bersabda

)) من جاء مسجدي هذا لم يأته إلا لخير يتعلمه أو يعلمه فهو بمنزلة المجاهد في سبيل الله ومن جاء لغير ذلك فهو بمنزلة الرجل ينظر إلى متاع غيره ))

“Barangsiapa datang ke masjidku ini, tidak lain kecuali untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka dia bagaikan mujahid di jalan Allah, sedangkan yang datang untuk selain itu maka bagaikan orang yang cuma melihat-lihat harta orang lain.” (HR. Ibnu Majah dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam al-Misykat)



3. Solat di masjid akan mendapatkan keampunan Allah

Nabi S.AW. bersabda,

«مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوبَهُ»

“Barangsiapa berwudhu untuk solat, lalu dia menyempurnakan wudhunya, kemudian berjalan menuj solat fardhu, lalu dia solat bersama manusia –yakni bersama Jemaah di masjid-, nescaya Allah ampuni dosa-dosanya.” (HR. Muslim)



4. Solat di masjid mendapat pahala berlipat ganda

Sebagaimana dalam sabda Nabi S.A.W:

«صَلاَةُ الجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً»

“Solat berjemaah itu lebih baik 27 kali lipat daripada solat bersendiri.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar – رضي الله عنهما -)



5. Ibadah di masjid akan mendapatkan naungan di hari kiamat

Nabi S.A.W bersabda,

(( سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله : …)) وفيه (( ورجل قلبه معلق بالمسجد إذا خرج منه حتى يعود إليه* … ))

“Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi mereka pada hari tiada naungan selain naungan Allah yaitu: … -diantaranya-: “dan seorang yang terikat (hatinya) dengan masjid ketika ia keluar hingga ia kembali ke masjid …” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah رضي الله عنهما)



6. Orang yang rajin ke masjid akan diangkat darjatnya

Nabi S.A.W bersabda,

(( ألا أدلكم على ما يمحو الله به الخطايا و يرفع به الدرجات ؟ إسباغ الوضوء على المكاره و كثرة الخطا إلى المساجد و انتظار الصلاة بعد الصلاة فذلكم الرباط فذلكم الرباط فذلكم الرباط )).

“Tidakkah kamu mau aku tunjukkan apa yang dengannya Allah menghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat? Menyempurnakan wudhu dalam keadaan yang berat, memperbanyak langkah ke masjid dan menanti solat setelah solat. Itulah penjagaan sesungguhnya, itulah penjagaan sesungguhnya.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah رضي الله عنهما).


Itulah antara keutamaan masjid yang amat bermanfaat untuk kita semua apabila kita menghadiri masjid.

Bukan itu saja, jika kita mengimarahkan masjid ini , banyak kelebihan yang bakal diperoleh , Antaranya ialah:

Kelebihan Mengimarahkan Masjid

-Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ

Maksudnya: Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.

(Surah At-Taubah: 18)

Syeikh Al-Tantawi menafsirkan ayat ini di dalam kitabnya “Orang yang mengimarahkan masjid merupakan mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T dengan apa yang disuruh dan apa yang dilarang dengan petunjuk daripada Baginda S.A.W dengan hati yang penuh dengan keikhlasan”. (Rujuk Tafsir al-Wasit Li Tantawi: 6/228)





-Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyatakan terdapat golongan salaf menyatakan “sekiranya kamu melihat sesorang mengimarahkan masjid maka perelokkanlan prasangkamu kepadanya” ini seperti mana hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Maksud: Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya

Riwayat Imam At-Tirmizi (1060)

Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Setengah riwayat menyebut orang yang begitu setia mendatangi masjid atau memelihara untuk sentiasa ke masjid. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/389)

-Hadis di dalam sunan Ibnu Majah menceritakan bab kelebihan berjalan untuk melakukan solat. Hadis daripada Anas bin Malik R.A. Sabda Nabi SAW:

بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”.

Riwayat Ibn Majah (781)

Ibn Rajab al-Hanbali berkata: Ibrahim al-Nakha'ie menyebut: Adalah orang-orang soleh melihat dan berpendapat bahawa berjalan menuju ke masjid dalam suasana yang gelap mewajibkan untuk meraih syurga. (Lihat Fath al-Bari oleh Ibn Rajab, 5/24)

Ini merupakan kelebihan-kelebihan apabila kita mengimarahkan masjid. Selain itu, seperti yang kita ketahui, Masjid telah menjadi sebagai tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan juga merupakan pusat penyebaran dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Kebiasannya, pada hari-hari tertentu, ceramah-ceramah akan diadakan di masjid mahupun surau yang biasanya disampaikan oleh para ustaz atau ustazah yang berilmu yang telah diatur oleh AJK-AJK masjid.



Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin: "Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya tetapi tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":



1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifarahkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan



Dengan ini kita dapat melihat bahawa sesiapa yang datang ke masjid untuk medengar ilmu-ilmu yang disampaikan oleh para ilmuwan, walaupun dia tidak mampu megingati atau menghafal ilmu tersebut, dia telah mendapat banyak kelebihan daripada kehadirannya itu.



Namun , zaman yang amat membimbangkan kepada ummat islam telah berlaku. seperti yang kita ketahui, masyarakat hari ini kurang faham dan tidak memberi sambutan yang menggalakkan terhadap fungsi masjid terutamanya dari kalangan remaja. Pada zaman kini, kita boleh melihat remaja-remaja kurang jarang hadir ke masjid pada waktu-waktu solat kecuali pada hari-hari tertentu seperti hari Jumaat, pada bulan puasa ataupun pada hari raya aidilfitri. Remaja kini lebih berminat dengan tempat-tempat hiburan seperti cyber cafe, mall dan sebagainya. Sedangkan anak muda ini lah yang akan memimpin agama pada suatu hari nanti.
 
ANTARA FAKTOR-FAKTOR GOLONGAN MUDA KURANG KE MASJID :-

CARA MENARIK GOLONGAN MUDA UNTUK KE MASJID
KESIMPULAN

Masjid merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat.

Kami amat berharap supaya setelah mengetahui kelebihan-kelebihan dan fadhilat-fadhilat dengan menghadirkan diri ke masjid ini dapat membuka lebih banyak mata remaja-remaja mahupun orang kurang pengetahuan tentang kelebihan masjid ini, untuk lebih kerap hadir ke masjid selepas ini

Akhir kalam, kami katakan bahawa menjinakkan anak-anak muda dan menarik mereka ke masjid boleh menjadikan jiwa mereka terisi, akhlak mereka diunggulkannya serta kehidupan mereka lebih bermakna untuk menjadi orang dewasa yang benar-benar mampu menggalas tugas sebagai hamba Allah yang soleh dan pada masa akan datang sebagai pemimpin negara, negeri serta masyarakat.

NAMA AHLI :
ZAINAWA BINTI KUTTY HASSAN (1003)
NURUL HANISAH BINTI ROSELI (1012)

ELISA LYIANA BINTI MOHAMED (1027)
 
ADAM ZULHISHAM BIN WAN ZULFAKKAR (1021) 

No comments:

Post a Comment

CARA MENGIMARAHKAN MASJID

Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua. Berdasarkan masalah ini buat satu blog t...